KUALA LUMPUR 26 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu agar skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bangkit pada aksi selanjutnya dan sekali gus mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi 2010.
Menurut Najib, kekalahan kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kejohanan berprestij itu malam tadi perlu dibalas oleh anak buah Datuk K.Rajagobal kerana rakyat mahu melihat skuad itu menang pada aksi selepas ini.
"Walaupun keputusan semalam (malam tadi) tidak berpihak kepada kita, kita mahu Harimau Malaya bangkit semula. Malaysia! menangi perlawanan selanjutnya," kata beliau di laman twitternya, hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121126/su_13/PM-mahu-skuad-Harimau-Malaya-bangkit#ixzz2DJmfxsFu
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment