Bab 1: Pengenalan
1.1 Latarbelakang
Bahasa Melayu ialah
bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan
kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama
dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan
pentadbiran.
Terdapat pengaruh bahasa
Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19.
Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan
Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman
Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19.
Sebelum kedatangan
British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan
dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa
Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
1.2 Definisi Ligua Franca
Lingua franca (dari
bahasa Itali, bererti bahasa Frank) atau bahasa perantara merupakan bahasa
perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara
orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya bahasa ketiga yang
berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak.
Lingua franca
ditakrifkan berdasarkan fungsi, tanpa mengambil kira sejarah atau struktur
bahasa itu:[walaupun ada bahasa campuran (pijin dan kreol) yang
berperanan sebagai lingua franca, namun kebanyakan lingua franca bukan bahasa
campuran. Istilah lingua franca juga memaksudkan bahasa yang dikhususkan dalam
bidang tertentu, seperti bahasa Inggeris untuk kajian sains.
Lingua franca
bersinonim dengan bahasa penghubung (vehicular
language). Padahal bahasa vernakular
merupakan bahasa asli dalam lingkungan sebuah komuniti penuturnya, bahasa vehicular pula menjangkaui batas
komuniti asalnya, lalu dijadikan bahasa kedua untuk kegunaan perhubungan antara
komuniti. Contoh, bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular di England, tetapi
di Filipina pula dijadikan bahasa penghubung (iaitu lingua franca).
Bahasa perantaraan
antarabangsa seperti bahasa Esperanto direka dengan tujuan berperanan sebagai
linguas franca, tetapi sayangnya penerimaannya tidak memberangsangkan
(contohnya, bahasa Esperanto dianggarkan cuma ada 100,000 hingga 2 juta penutur
fasih di seluruh dunia).
1.3 Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman
Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari
Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai
bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Dianggarkan lebih 300 juta
orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu
Dari aspek sejarah, bahasa Melayu berasal
daripada rumpun bahasa Austronesia atau dikenali juga sebagai bahasa
Melayu-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi pelbagai dialek yang unik
dan tersendiri. Pada hari ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Di Malaysia,
bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) yang
menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara.
Atas faktor tertentu, bahasa Melayu
dikenali juga sebagai bahasa Malaysia. Bahasa Melayu merupakan antara sepuluh
bahasa di dunia yang mempunyai penutur yang paling ramai.
Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin
meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa
bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan hak
dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Bahasa Melayu
sebenarnya mempunyai nilai komersial, unik dan kaya kosa kata. Terdapat
pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menjadi penyebab bahasa Melayu
dipandang sinis dalam kancah keilmiahan dan ketamadunan jati diri bangsa.
Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan,
dituturkan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai bahasa perhubungan utama,
bahasa diplomatik, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan
dan sebagainya. Namun begitu, sesetengah pihak menganggap bahasa Melayu tidak mantap
dan belum boleh dibanggakan kerana status pencapaian yang merudum jika
dibandingkan dengan pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu
terdahulu. Yang menyedihkan, terdapat segelintir rakyat dan pemimpin
seolah-olah meminggirkan peranan bahasa kita.