Definisi dan
asal usul
Baba dan Nyonya adalah
segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina
yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia),
khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui
bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah
rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji
pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan
tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan
resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di
zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum
Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya
memanggil mereka sebagai "Baba".
Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina
dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang
amat popular di kalangan remaja.
Sejarah
Kebanyakan
anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang
Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang
lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah
suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit
masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu.
Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi
masih terus diamalkan.
Pada kurun
ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada
pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat
telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila
Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan
traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada
Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.
Pengikut-pengikut
puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan.
Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka,
tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya
pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah
kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada
factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke
Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan
yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya
terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.
Sejak beberapa
kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan
banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat
tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam
budaya Baba dan Nyonya.
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris,
akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan
tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya
Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka.
Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama
Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di
Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina
Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British.
Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan
Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan
British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara
Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.
Kacukan
budaya boleh terjadi dalam banyak bentuk dan pilih atur, termasuk peminjaman
kata-kata dan pengambilan amalan sosial dan kepercayaan dan juga penyesuaian
pakaian dan makanan. Corak penghijrahan dan pengaliran kebudayaan di Asia
Tenggara telah menjana perkembangan yang tersebut dan lain-lain pada masa dan
di tempat yang berlainan. Di bawah keadaan yang tertentu, suatu kumpulan etnik
yang baru atau yang dikesan sebagai yang berbeza daripada kumpulan etnik yang
ada mungkin muncul. Kumpulan etnik yang dimaksudkan adalah Peranakan Baba
Nyonya. Ia terjadi pada abad ke 15 ketika orang Cina tiba di Melaka dan
berkahwin campur dengan wanita tempatan.
Kebudayaan
peranakan adalah gabungan unik antara kebudayaan Cina dan Melayu dengan
campuran daripada penyintesisan unsur kebudayaan Java, Batak, Thai dan British,
melambangkan faham pelbagai budaya dan pelakuran lama sebelum terciptanya
istilah-istilah itu..Kini, dunia peranakan sudah menghilang.
Agama
Baba dan Nyonya
mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan
Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat.
Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan
dalam budaya Peranakan.Kebanyakan
masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama Buddha. Mereka memilih untuk
membakar mendiang. Cara upacara membakar mendiang tidak terpengaruh sama sekali
dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Bagi masyarakat Baba dan Nyonya
yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan dengan cara Islam. Jenazah
dimandikan,dikafankan,
disembahyangkan, dan akhirnya dikebumikan
Budaya
Kebanyakan
pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada
kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan
mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka
sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat
Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka,
dan lain-lain.
Budaya Baba
berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan
dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini,
terutamanya Singapura. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih
memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh
orang-orang Melayu.
Oleh itu, adalah
menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat
kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di
China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem
kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap
sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki
kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan
masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak
dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat
perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai
pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional.
Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding
dengan Melayu.
Hubungan politik
Pada zaman
pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih berada berbanding pendatang
China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga membolehkan suku Peranakan
membentuk sebuah golongan atasan berbangsa Cina yang amat setia kepada kuasa
British atau Belanda,sehingga sukar menerima kemerdekaan Malaysia dan
Indonesia.
Menjelang
pertengahan abad ke-20, kebanyakan suku Peranakan menerima pendidikan Inggeris
atau Belanda, kesan penjajahan kepulauan Melayu oleh kuasa-kuasa Barat. Suku
Peranakan sanggup memeluk kebudayaan dan pendidikan Inggeris sebagai cara
memajukan diri mereka dari segi ekonomi. Oleh itu, jawatan-jawatan pentadbiran
dan perkhidmatan awam selalu diisi oleh orang Cina Peranakan terkemuka. Ramai
orang Baba dan Nyonya memeluk agama Kristian kerana menganggap agama itu lebih
berprestij dan amat rapat dengan kebudayaan sekutu mereka yang berbangsa
British dan Belanda. Justeru, masyarakat Peranakan menjadi amat berpengaruh di
Melaka dan Singapura, sehingga diberi gelaran King's Chinese kerana kesetiaan mereka kepada pihak British. Hasil
dari perhubungan mereka dengan pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan orang
Peranakan fasih berbahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Antara kerjaya-kerjaya
yang banyak diceburi mereka termasuk saudagar, pedagang, dan orang tengah yang
menguruskan perhubungan antara China, Tanah Melayu dan kuasa-kuasa Barat yang
amat dihargai oleh British dan Belanda.
Separuh awal
abad ke-20 menyaksikan perubahan penting dalam sejarah yang mana sebilangan
kaum Peranakan makin cenderung untuk menyokong kemerdekaan Malaysia dan Indonesia.
Di Indonesia, tiga komuniti Cina bergabung dan bergiat dalam politik.
Orang Cina
Peranakan juga menyertai peloporan akhbar Indonesia. Mereka menerbitkan impian
politik mereka di samping sumbangan dari penulis tempatan yang lain dalam
syarikat penerbitan mereka. Pada bulan November 1928, akhbar mingguan berbahasa
Cina iaitu Sin Po menjadi
akhbar pertama yang menerbitkan lirik lagu kebangsaan Indonesia Raya.
Kadang-kala, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan sedemikian menghadapi ancaman
dipenjara atau dihukum mati kerana pihak berkuasa penjajah Belanda mengharamkan
penerbitan dan kegiatan nasionalis.
Kaum Cina di
Indonesia berkobar-kobar memberikan sokongan kepada gerakan kemerdekaan ketika
pendudukan Jepun pada awal 1940-an, apabila semua persatuan Cina diharamkan
oleh pihak Jepun. Antara mereka yang terlibat termasuk Siauw Giok Tjhan dan
Liem Koen Hian, dan Yap Tjwan Bing, seorang ahli Panitia Persiapan Kemerdekaan
Indonesia, yang menjadi warga Amerika Syarikat pada 1960-an.
Muzium
Muzium Baba dan Nyonya Melaka |
Bahan-bahan
bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan
seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium Peranakan (Singapura).
Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh mencari muzium yang mempamerkan
perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Juga terdapat
kedai-kedai makan "Nyonya" di Singapura, Pulau Pinang, Melaka,
Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan
mingguan juga diadakan di pasar malam Jonker Street.
CONTOH –
CONTOH DAN BUKTI HUBUNGAN
KEAKRABAN
Perkataan dan
ayat
Bahasa Baba ialah sejenis
dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia,
khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka,
bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka
dalam beberapa aspek.
Pada dasarnya,
bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa
Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu,
bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama
dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan. Antara perbezaan ini
adalah:
- Bahasa Baba telah menyerap banyak
perkataan Cina umpamanya lai untuk
'datang', dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien,
khususnya bagi idea-idea yang abstrak, yang tidak difahami oleh
orang-orang Melayu.
- Orang-orang Baba tidak tahu akan
kebanyakan perkataan dan sintaksis bahasa Melayu.
- Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan
sebutan bahasa Melayu, termasuk juga sebutan bahasa Hokkien.
- Orang-orang Baba menggunakan
peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.
- Bentuk ayat bahasa Baba berbeza
daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang
makan di meja" disebut "Dia
punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain itu,
mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu
berbeza dengan bahasa Melayu.
- Orang-orang Baba tidak tahu tentang
perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.
Contoh lain penggunaan
perkataan yang digunakan dalam etnik baba dan nyonya
- saya = goa
- anda = lu
- dia = i
- kita = wa lang
Bagaimanapun,
peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti:
- teko = tekuan
- sudu sup = tngsi
- cerek = teko
Terdapat satu
pengecualian, iaitu sumpit yang
berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang
Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang
dipanggil tīm. Bagaimanapun,
kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis
pakaian juga diberi nama Cina.
Perkataan berkaitan dengan
agama
Perkataan-perkataan
berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam
kehidupan orang Baba:
- tokong = bio
- membakar colok = sio-hio
Pantun Dongdang Sayang
Hasil kajian telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya bukan
sahaja menggabungkan warisan budaya Melayu dalam warisan budaya mereka sendiri,
malah mereka mengambil inisiatif menggabungkan dua budaya menjadi satu budaya
yang unik. Sudah jelas, sejak dahulu lagi masyarakat Baba dan Nyonya memang
terkenal dengan muzik dan lagu-lagu yang juga digunakan oleh masyaralat Melayu.
Pengaruh puisi tradisional Melayu, iaitu pantun begitu popular dalam kalangan
masyarakat Baba dan Nyonya.
Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah
melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang
dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan.
Bagi generasi baharu kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun
atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika
dahulu kini telah berkurangan mendapat tempat di hati mereka kerana pelbagai muzik
moden telah mempengaruhi generasi kini.
Terdapat banyak lirik pantun Dondang Sayang yang dimainkan, namun
rata-rata tema pantun yang dibawa adalah tentang cinta dan kemesraan yang
digarapkan dalam suasana spontan yang riang dan kadang-kala lucu. Pantun Baba
merupakan contoh nyanyian irama Dondang Sayang.
Contoh pantun
baba
Naday bugis tolak blayar,
Tengah laot patah
kemudi-nya;
Hutang budi dapat di bayer,
Hutang hati apa ganti-nya.
Tengah laot patah
kemudi,
Layar
koyak di pukol angin;
Hutang hati membawak mati,
Sebagi bola di pukol angin.
Hutang budi balas di dunia,
Hutang hati mengikat diri.
Pisang mas bawak blayer,
Masak sa-bijik di-atas peti;
Hutang mas boleh di bayer,
Hutang budi
menanggong hati
Keaslian masakan
Baba Nyonya
Jika kita berkunjung ke Melaka, tidak sah tanpa merasai makanan
tradisional masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya yang cukup terkenal di zaman
dahulu kala.
Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan
adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan
sebagaimana juga orang-orang Melayu. Menikmati masakan masyarakat Baba dan
Nyonya pastinya terasa keunikan kerana resipinya menampilkan budaya campuran
cita rasa kaum Cina dan Melayu.
Begitupun, peredaran zaman yang begitu pantas menyebabkan makanan
tradisional Baba dan Nyonya semakin sukar didapati di negeri ini. Jika ada pun,
ia hanya boleh didapati di beberapa restoran eksklusif di sekitar Jonker Walk,
Bandar Hilir dan Melaka Raya.
Ayam pong teh |
Antara masakan yang terdapat di sini ialah ayam pong teh, asam pedas
ikan, ikan stim Nyonya, udang lemak nanas dan sambal sotong campur petai.
Bahan
yang digunakan untuk memasak, mereka menggunakan lesung batu untuk menumbuk
bahan-bahan tersebut. Ini adalah salah satu warisan budaya Melayu. Didapati
bahawa apabila menggunakan lesung batu untuk menumbuk bahan masakan, ini akan
menghasilkan satu aroma masakan Melayu tradisional dan keenakan masakan
tersebut terserlah.
Ada
juga yang menggemari kuih-kuih tradisional Melayu seperti dodol, bahulu, dan
cendol resepi Melayu. Mereka sendiri akan membuat dodol untuk majlis perayaan.
Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa pengaruh makanan dan masakan tradisi
Melayu masih tetap utuh dalam masyarakat
Baba dan Nyonya walaupun sekukuh dan seteguh dahulu, namun pengaruh ini masih
memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya kini.
Keaslian masakan ini terpelihara kerana menggunakan rempah ratus yang
sering digunakan dalam setiap masakan Melayu.
Sulaman Nyonya
Sulaman nyonya adalah antara pengisian
keharmonian budaya Malaysia. Sorotan sejarah menyatakan bahawa masyarakat baba
nyonya telah berada di bumi ini sejak zaman Kesultanan
Melaka lagi. Melaka yang ketika itu yang menjadi
pusat perdagangan telah menggamit pelbagai bangsa untuk bertapak di situ
termasuklah golongan baba nyonya.
Kebolehan mereka menyerap dan menyesuaikan diri
dengan budaya setempat menjadikan mereka unik. Keunikan hasil gabungan budaya
setempat dan budaya negara asal mereka. Kini masyarakat baba nyonya berada di
seluruh malaysia terutama di Pulau Pinang dan Melaka. Kehadiran mereka bersama
kemahiran bersulam telah memperkayakan lagi khazanah seni kraf negara.
Kekayaan seni kraf ini dapat dilihat melalui kebaya
sulaman nyonya. Baju kebaya sulaman nyonya masih mendapat tempat di kalangan
masyarakat Malaysia. Keindahan sulam adalah mercu kepada kehalusan kerja
tangan. corak-corak sulamannya juga menjadi sumber status dan menyerlahkan
pemakainya.
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek
moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan
campur seperti
ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Pakaian
Kebaya ini
dipercayai telah wujud pada kurun ke-19 dan pertama kali dipakai oleh Nyonya
Serani berbangsa Belanda dalam bentuk kebaya renda (kebaya yang dihiasi dengan
renda).
Baju Kebaya |
Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan
yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari
jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada
mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek. Rekaan kasut
manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya
dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut
manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.
Kasut manek |
Perkahwinan
Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan wanita Melayu
dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan Nyonya
memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.
Catatan dari
abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya
mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga
Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke
China untuk mencari suami.
Orang Peranakan
biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya
paling menggemari chin choay
atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.
Lamaran
memerlukan buah tangan pinangan,
iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili
pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak
beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum
Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian.
Majlis
perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara
perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura.
Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam
bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir
menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan
perlahannya.Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas,
siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan
tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta
kepandaian menyerikan lagi persembahan.
Adat Perkahwinan Baba Nyonya
Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya
dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta.
Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan
yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik
dan ganjil.
Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat
dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan
Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan
Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh
dilihat melalui adat perkahwinan mereka.
Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara
peribadi akan di mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain
untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak
Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan
ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.
Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan
berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan
memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah.
Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk
memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan.
Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di
pintu utama.
Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia
diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni,
bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian
daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang
dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai
bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu
hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut
juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan
pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka
membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini
akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara
perkahwinan.
Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk
tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk
membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah
dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang
berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari
bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan
yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
Tepak sireh |
Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di
dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari
tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat
lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis
itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai
dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam
serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari
kedua belas sahaja.
Chia N Lang
Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di
rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee'
atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di
hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini
adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala
pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang
terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.
Chiu Thau
Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci
dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam
Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia.
Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan
adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh
bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.
Chim Pang
Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara
pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula
dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan
perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di
kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
Choon Tok
Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan
pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan
tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga
dan juga tuhan mereka.
Chian Sia
Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam
dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan
akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked
dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian
'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka,
pujian dan ransangan.
Dua Belas Hari
Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di
hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya
mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan
daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi
Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak
sirih atau tempah sirih.
Chian Ching Kay, Che Umm
Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli
keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan
hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam
upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau
bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang
tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba
nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari
terjadinya sesuatu yang tidak baik.
Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini
nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa
istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun
ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di
teliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan
Baba dan Nyonya ini ialah sesuatu yang menarik dan unik.
Permainan
Oleh
itulah anak-anak mereka berkawan dan bermain permainan Melayu. Malah bukan itu
sahaja, mereka juga dihantar oleh keluarga mereka ke sekolah kebangsaan. Dari
situlah mereka mengenali permainan tradisi Melayu dan bermain bersama-sama dengan
kawan-kawan Melayu.
Kesimpulan
Keseluruhannya,
didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup
kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu
begitu sahaja.
Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya
dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan
Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam
masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan
bermasyarakat. Jika tiada percampuran tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya
tidak akan wujud.
RUJUKAN
2. Asmah Haji Omar. 1979. Darulaman:
Essay on linguistic, cultural and socio-economic aspects of the Malaysian State
of Kedah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
3. Ding Choo Ming (2008). Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang
Negeri-Negeri Selat. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.
4. Pepin Van Roojen Productions, 1993. Batik
Design. Amsterdam: The Pepin Press.
5. Shellabear, W. G. 1913. Baba Malay:
an Introduction to the Language of the Straitsborn Chinese.
JSBRAS 65: 49-63.
6. Tan, Chee Beng. 1988. The Baba of
Melaka. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.1993.
7. Chinese Peranakan Heritage in
Malaysia and Singapore.
Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Uncle Az, Minta tolong :)
ReplyDeleteSaya nak tahu tentang kepercayaan kaum baba dan nyonya terhadap kanak kanak dan patang larang mereka.. thank you :)
ASSALAMUALAIKUM... Saya Muhammad Shukri pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada Akademi Seni Budaya Kebangsaan dan Warisan (ASWARA).
ReplyDeleteSOALAN :
Boleh saya dapatkan info mengenai Tarian Nyonya dalam Komuniti Baba Nyonya di negeri Melaka ?
1. SEJARAH DAN PENGENALAN.
2. TOKOH TARI.
3. CIRI-CIRI TARIAN.
4. NAMA TARIAN DAN NAMA GERAK.
5. BUSANA TATARIAS.
6. ALAT MUZIK.
7. NAMA KUMPULAN KEBUDAYAAN.
8. TOKOH TARIAN NYONYA YANG BOLEH DIHUBUNGI.
Saya harap pihak tuan dapat menjawab / membalas soalan saya.
terima kasih...
contact : syuqkimie@gmail.com
0122997006