Kali ini saya ingin berkongsi informasi berkenaan buah durian belanda. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk semua pembaca. Jazakallah...
Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L
Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Dagingnya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Biji durian belanda |
Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing diperut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk disamping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.
Jus durian belanda |

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya, dipercayai boleh mengubati kencing manis.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
No comments:
Post a Comment