Hopefully this article will be benefit to all of us
Pihak polis ingin mengingatkan orang
ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada tempoh masa yang
agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi sanak saudara. Sila rujuk
panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamat rumah, alamat kampung
dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan
balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis
serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam.
Bagaimana boleh
berlaku
- Dengan pemutar
skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
- Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak
besi tingkap
- Memotong mangga (ibu kunci) dengan
gergaji besi.
- Memasuki melalui bumbung rumah/siling
yang terbuka.
- Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
- Menggunakan kunci pendua.
Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila
meninggalkan rumah kosong
2. Tiada muafakat sesama jiran untuk
mengawasi kediaman masing-masing
3. Meletakkan barang yang bernilai di
sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni
seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
5. Kedudukan rumah yang terpencil serta
struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
6. Membiarkan pintu atau tingkap terbuka,
terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
7. Menggunakan kunci, mangga atau ranatai
yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
8. Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap,
dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan
- Memaklumkan balai polis terdekat tentang
alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat
secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian
kepada anda.
- Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada
pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan.
- Sentiasa pasangkan lampu bila keluar
rumah.
- Jangan tinggalkan sebarang nota yang
boleh membantu pemecah rumah bertindak.
- Hubungan yang baik dengan jiran dapat
membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
- Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar
berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
- Pasangkan sistem penggera keselamatan
yang baik unutk rumah/bangunan.
- Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih
dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat
persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
- Sekiranya
bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak
meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
Nasihat apabila berlaku pecah rumah
- Segera buat laporan di Balai Polis
berhampiran.
- Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa
jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini
bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau
alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.
|
No comments:
Post a Comment