Pages

Nuffnang Ads

Friday 15 February 2013

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA LINGUA FRANCA DI MALAYSIA




Bab 1: Pengenalan
1.1  Latarbelakang

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. 

Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19.

Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan


1.2  Definisi Ligua Franca

Lingua franca (dari bahasa Itali, bererti bahasa Frank) atau bahasa perantara merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya, khususnya bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda dua belah pihak.

Lingua franca ditakrifkan berdasarkan fungsi, tanpa mengambil kira sejarah atau struktur bahasa itu:[walaupun ada bahasa campuran (pijin dan kreol) yang berperanan sebagai lingua franca, namun kebanyakan lingua franca bukan bahasa campuran. Istilah lingua franca juga memaksudkan bahasa yang dikhususkan dalam bidang tertentu, seperti bahasa Inggeris untuk kajian sains. 

Lingua franca bersinonim dengan bahasa penghubung (vehicular language). Padahal bahasa vernakular merupakan bahasa asli dalam lingkungan sebuah komuniti penuturnya, bahasa vehicular pula menjangkaui batas komuniti asalnya, lalu dijadikan bahasa kedua untuk kegunaan perhubungan antara komuniti. Contoh, bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular di England, tetapi di Filipina pula dijadikan bahasa penghubung (iaitu lingua franca). 

Bahasa perantaraan antarabangsa seperti bahasa Esperanto direka dengan tujuan berperanan sebagai linguas franca, tetapi sayangnya penerimaannya tidak memberangsangkan (contohnya, bahasa Esperanto dianggarkan cuma ada 100,000 hingga 2 juta penutur fasih di seluruh dunia).

1.3  Sejarah Bahasa Melayu

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu

Dari aspek sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia atau dikenali juga sebagai bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi pelbagai dialek yang unik dan tersendiri. Pada hari ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara.

Atas faktor tertentu, bahasa Melayu dikenali juga sebagai bahasa Malaysia. Bahasa Melayu merupakan antara sepuluh bahasa di dunia yang mempunyai penutur yang paling ramai.
Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan hak dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai nilai komersial, unik dan kaya kosa kata. Terdapat pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menjadi penyebab bahasa Melayu dipandang sinis dalam kancah keilmiahan dan ketamadunan jati diri bangsa.

Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan, dituturkan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai bahasa perhubungan utama, bahasa diplomatik, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan sebagainya. Namun begitu, sesetengah pihak menganggap bahasa Melayu tidak mantap dan belum boleh dibanggakan kerana status pencapaian yang merudum jika dibandingkan dengan pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu terdahulu. Yang menyedihkan, terdapat segelintir rakyat dan pemimpin seolah-olah meminggirkan peranan bahasa kita.


Secara realitinya, dalam konteks perundangan dan perlembagaan, bahasa Melayu telah kukuh dek kerana Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Secara tersiratnya, bahasa Melayu seolah-olah hilang upaya untuk bersaing sebagai bahasa ilmu yang terkemuka di dunia. Banyak faktor yang dikesani menjadi penyebab utama akan hal ini.