Pages

Nuffnang Ads

Saturday 29 December 2012

Contoh Ringkas Kajian Mengenai Perayaan Deepavali


1.      Pengenalan

Perayaan yang dipilih adalah perayaan Deepavali. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ‘Aippasi’ pada bulan Oktober dan November dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.



Sambutan Perayaan di Malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.  Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

Mitos Hari Deepavali

Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura.Seterusnya penduduk kampung telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .

Sambutan  Deepavali Masyarakat Sikh

Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu, barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskannya.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

2.      Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:
  1. Melihat sejauh mana kefahaman masyarakat india terhadap perayaan Deepavali
  2. Menilai penglibatan masyarakat lain dalam perayaan Deepavali
  3. Menerima dan menghormati perayaan kaum lain seperti perayaan Deepavali
  4. Menerapkan nilai patriotisme dalam kehidupan seharian.
  5. Melahirkan rasa bangga terhadap Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai.
  6. Mengetahui tentang latar belakang, adat, pantang larang dan lain-lain tentang perayaan yang dipilih iaitu Deepavali.

3.      Sejarah  dan Latar Belakang

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Tersebut kisah seorang pemusnah yang bernama Ahsuran yang tidur selama tiga hingga enam bulan. Dia suka makan semua benda termasuk manusia. Apabila dia masuk ke dalam kampung, semua orang akan memadamkan lampu. Hal ini kerana dia tidak suka lampu dan cahaya. Dia hanya suka tidur. Dia juga akan membunuh sesiapa sahaja yang mengganggunya tidur. Satu hari, seorang Dewa yang bernama Krishnan muncul dan melawan pemusnah tadi. Mereka berlawan sehingga pemusnah dikalahkan oleh Dewa yang suci. Maka semua penduduk kampung mula memasang lampu. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Deepavali disambut berdasarkan cerita ini.

Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:
  1. Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
  2. Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
  3. Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
  4. Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
  5. Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

4.      Persediaan Sambutan Perayaan

Sebelum Perayaan

Sehari Sebelum Deepavali

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-lamanya.
Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Malam Sebelum Perayaan Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Memasang Vilakku

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

Kolam atau Rangoli

Rangoli  lambang penyembahan Dewa  Lakshmini

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Semasa Perayaan

Persiapan Di Pagi Perayaan Deepavali

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Upacara Sembahyang

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat  tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

5.      Pakaian Tradisional Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.

a.      Sari

Gambar : Sari

Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di dalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya.

b.      Dhoti

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

Gambar : Dhoti

  
6.      Kuih muih dan Juadah utama/khas

Manisan dan Juadah Deepavali

Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam.  Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.

7.      Hiasan

Kebanyakan periuk tanah liat disapukan dengan warna-warna terang untuk menonjolkan keindahannya. Ada periuk tanah liat yang dicat dengan warna merah, hijau, kuning dan merah jambu.Bahkan, ada juga yang diselang-seli campuran warna untuk menambahkan lagi tarikannya. Mengikut kepercayaan masyarakat India periuk dan pelita tanah liat adalah sebagai menghargai elemen alam iaitu tanah itu sendiri.Menjadi tradisi bagi mereka untuk menggunakan periuk tanah liat dalam rutin memasak setiap hari, manakala pelita tanah liat bagi tujuan penyembahan. Bukan itu sahaja, pelita tersebut memberi makna simbolik cahaya kemenangan daripada kejahatan iaitu kemenangan Dewa Rama menentang Dewa Ravana.Periuk berwarna pula digunakan sebagai dekorasi menjelang Deepavali dengan kelapa dan daun mangga diletakkan di atas periuk sebagai tanda menarik aura positif. Ia akan diletakkan di depan pintu atau kolam (hiasan menggunakan beras berwarna) untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Gambar : Periuk Tanah


8.      Amalan-amalan Perayaan Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Kolam

Kolam atau juga dikenali sebagai Rangoli adalah satu seni hiasan pintu masuk kediaman semasa Deepavali.Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan, berwarna-warni dan tanpa ada had dari segi saiz. Bahkan berdasarkan catatan, kolam terbesar di dunia yang pernah dihasilkan ialah pada 22 Mei tahun lalu bersaiz 4,900 meter persegi dan dihasilkan oleh Nilesh Rajaram Naik di Dataran Murda, Tiswadi, Goa, India. Lazimnya saiz kolam di rumah agak kecil namun kolum memberi kuasa besar dalam menyambut Deepavali.Kolam umpama 'tiang seri' yang bertindak memeriahkan lagi perayaan cahaya itu. Dengan menyediakan kolam, ia memberi penyatuan serta kemeriahan kepada keluarga tersebut.Ia juga sebagai simbol penyatuan keluarga kerana proses menyiapkan kolam biasanya dibuat beramai-ramai bersama ahli keluarga,

9.      Pantang Larang

Pantang Larang Semasa Deepavali

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai  pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

10.  Kesan Perayaan

Kesan perayaan kepada masyarakat.

Perayaan Deepavali menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut perayaan ini, kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran berdekatan, teman-teman keluarga, dan sahabat keluarga kami.Dengan berkongsi juadah dan sambutan perayaan ini, kami juga dapat merealisasikan Motto negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu Malaysia.Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

Kesan Perayaan kepada Negara.

Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancong ke Malaysia, menunjukkan antara faktor kedatangan pelancong luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah, faktor keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidupo berkongsi perayaan mereka. Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk memenuhi kehendak dan sambutan kepada perayaan mereka. Contohnya dalam menyambut perayaan ini Deepavali masyarakat lainnya akan turut berbelanja kerana potongan harga murah yang ditawarkan daripada pusat membeli belah.Perayaan ini juga memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat yang berbilang kaum dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli masyarakat.

Pengekalan tradisi

Dengan menyambut perayaan-perayaan tradisi, ini dapat mengekalkan tradisi keluarga yang diwarisi sejak turun-temurun dari keluarga. Selain itu, masyarakat \india  juga menghormati moyang mereka yang sudah meninggal dunia dengan mengekalkan tradisi yang diwarisi oleh mereka.

4 comments: