Pages

Nuffnang Ads

Thursday 6 December 2012

"TAKE IT FOR HSE"®: Barli Baik Untuk Pesakit Jantung Dan Kolestrol Tinggi


Biji Barli

Sejumlah kajian ilmiah membuktikan khasiat luar biasa biji – biji gandum barli (sebagai bahan utama bubur talbinah) dalam menurunkan kadar kolestrol dalam darah, melalui beberapa proses biologi seperti berikut:

  1. Serat – serat lemah yang ada didalam gandum barli bersatu dengan kolestrol belebihan di dalam makanan sehingga membantu menurunkan kadarnya dalam darah
  2. Penapaian serat – serat ini didalam usus besar (colon) menghasilkan asid – asid lemak yang terserap dari usus besar dan berhubung dengan metabolism kolestrol, sehingga menghalangi peningkatan kadarnya di dalam darah.
  3. Biji – biji gandum bali mengandungi sebatian – sebatian kimia yang berfungsi menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan menaikkan daya imuniti tubuh, seperti (beta glucan)
  4. Biji – biji gandum barli mengandungi sebatian – sebatian vitamin seperti H-Tocotrienol yang memiliki kemampuan melambatkan enzim pembuat kolestrol. Kajian ilmiah menekankan kepentingan vitamin H untuk kesihatan jantung jika diambil dengan kadar yang cukup.

Ternyata, terapi dengan bubur gandum barli dapat mencegah bebagai penyakit jantung dan peredaran darah. Ia melindungi pembuluh darah dari pengerasan dan penyempitan (sklerosa), terutama pembuluh jantung coroner, sehingga melinungi dari risiko terkena sakit angina pectoris dan gejala – gejala schemia, dan pelanggaran otot jantung.


Bagi orang yang sudah benar – benar menderita penyakit pembuluh darah dan jantung, talbinah membawa alternatif kesihatan yang luar biasa dalam mengurangi parahnya keadaan kesihatan mereka. Ini menunjukkan mukjizat ilmiah tersendiri dalam sabda Nabi s.a.w : “Talbinah boleh melegakan hati orang sakit."(Riwayat Bukhari Dan Muslim). Atau dengan kata lain, boleh mengamankan jantung orang sakit.

RESEPI BUBUR TALBINA:

CARA-CARA:
  1. Ambil 2 sudu besar tepung Barli dan masukan kedalam bekas 1 1/2 cawan air atau susu dan masak 10-15 minit.
  2. Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu.
  3. Boleh juga dibuat sup dengan air diganti dengan air stok ayam atau daging dengan sayur-sayuran.


TIP-TIP UNTUK MASAK SUP BARLI:

  1. Biji barli perlu dibasuh dulu seperti cara basuh beras.
  2. Perlu dibahagian 3 bahagian. Satu bahagian barli, satu bahagian lagi air dan satu bahagian lagi stok (air daging yg telah reneh) daging atau ayam.
  3. Mendidihkan dengan api yang kuat
  4. Apabila telah mendidih perlahankan api dan ‘reneh’ (simmering)  selama 90 minit.
  5. Selepas itu bolehlah ditambah rasa atau bahan-bahan makanan lain bersama sup anda. Seperti daging, celery, karot atau lain-lain sayuran yang anda suka.



Sumber : Ensiklopedia Pengubatan Herba, Trapi Alternatif Kedoktoran Islam, Dr. Khalid Gad
(Dialih bahasa dan disemak oleh : Fadzilah binti Mohd Ariff, Ketua Jabatan Kimia Pusat Asasi UIAM)

Wednesday 5 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012: Wartawan Indonesia tabik Ultras Malaya



KUALA LUMPUR - Seorang wartawan bola sepak Indonesia yang kagum dengan Ultras Malaya menyeru peminat di negara itu mencontohi semangat penyokong fanatik skuad kebangsaan Malaysia itu.

Jalu Wisnu Wirajati (gambar), yang juga pemilik laman blog www.kangjalu.com, meluahkan pandangan tentang ciri-ciri Ultras Malaya yang membuatkan dia tertarik berdasarkan pengalamannya ketika menyaksikan aksi terakhir kumpulan membabitkan Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Jalu Wisnu Wirajati

"Satu hati, satu warna dan satu suara. Mungkin itulah salah satu pengajaran yang dipelajari dari Ultras Malaya. Ketika pasukan kebangsaan mereka mempamer prestasi hambar, mereka memang lantang mengkritik. Tapi ia tidak membuatkan mereka pudar menyokong perjuangan Harimau Malaya.

"Ketika datang ke stadium, majoriti mereka datang ke Stadium Bukit Jalil dengan mengenakan jersi hitam-kuning, meskipun Malaysia jarang lagi menggunakannya. Sepanduk dan panji yang mereka bawa jelas menyokong perjuangan pasukan kebangsaan mereka

"Begitu juga laungan yang diteriakkan. Meskipun laungannya mirip penyokong di Indonesia, aksi yang ditunjukkan Ultras Malaya membuat saya kagum. Mereka satu suara dalam membela pasukan kebangsaan. Ketika satu sorakan dinyanyikan, seluruh stadium akan bergema. Tak ada seorang pun penyokong yang ingin suara mereka tenggelam, semuanya turut menyanyi sekuat hati.

"Tiga hal itu tentunya boleh dijadikan pengajaran buat penyokong Indonesia dalam memberikan sokongan. Meskipun datangnya daripada musuh, jika ia sesuatu yang positif untuk dicontohi kenapa tidak diterapkan?" tulisnya.

Bercerita lanjut pengalaman Sabtu lalu, Jalu Wisnu menambah: "Begitu luar biasa, kebetulan, saya berkesempatan menjadi saksi kedua-dua aksi final Piala AFF 2010 dan peringkat kumpulan Piala AFF 2012. Dalam tempoh dua tahun, peningkatan kreativiti Ultras Malaya begitu mendadak.

"Misalnya apabila saat lagu kebangsaan (Negaraku) berkumandang, mereka beramai-ramai menaikkan Jalur Gemilang sehingga hampir menutupi seluruh tempat duduk. Beberapa sepanduk lain yang menunjukkan kesetiaan mereka sebagai penyokong Ultras Malaya pun dinaikkan.

"Satu lagi yang saya tertarik adalah ketika mereka melakukan gerakan meninggikan mafla secara perlahan sambil diiringi teriakan, lalu gerakan itu diturut seluruh penonton. Saat tangan sudah mencapai puncak, mereka dengan lantang meneriakkan 'Ma-lay-sia' sambil menggerak-gerakan mafla.

"Situasi itu membuat saya yang sebagai penyokong pelawat rasa gerun."







© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 3 December 2012

Contoh Kajian Ringkas Kitaran Hidup Kupu-kupu: Metamorfosis Kupu-kupu




Pengenalan

Kupu-kupu adalah sejenis serangga terbang daripada order Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik. Kupu-kupu terdiri daripada kupu-kupu sejati (superfamili Papilionoidea), skipper (superfamili Hesperioidea) dan kupu-kupu rerama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera dipanggil rama-rama. Fosil kupu-kupu yang terawal datang dari pertengahan zaman Eosen, iaitu 40–50 juta tahun dahulu.

Kitaran Hidup Kupu-kupu

Ramai yang berpendapat bahawa kupu-kupu mempunyai jangka hayat yang amat singkat. Namun begitu, kupu-kupu dewasa mampu hidup selama seminggu mahupun hampir setahun bergantung pada spesiesnya. Kebanyakan spesies melalui peringkat larva yang agak lama, dan ada yang mampu menjadi dorman ketika dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk. Kupu-kupu boleh bertelur sekali atau banyak kali setiap tahun. Bilangan keturunan setahun berbeza-beza atas pengaruh iklim, yang mana kupu-kupu yang tinggal di kawasan tropika mampu bertelur lebih daripada sekali dalam masa setahun. Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat peringkat, telur, larva, pupa dan dewasa.

Peringkat 1: Telur Kupu-kupu
Telur kupu-kupu dilindungi oleh kulit berabung keras yang dipanggil korion ditutupi dengan salutan lilin yang melindungi telur daripada terjemur sebelum larva sempat berkembang sepenuhnya. Setiap telur mengandungi liang-liang berbentuk corong yang halus di satu hujungnya, iaitu mikropil yang bertujuan membolehkan kemasukan sperma untuk mensenyawakan telur. Setiap kupu-kupu yang berlainan spesis mempunyai saiz telur yang berbeza, namun semua telur kupu-kupu berbentuk sfera mahupun oval.

Telur kupu-kupu dilekatkan pada daun dengan bahan perekat khas yang cepat mengeras. Apabila mengeras, bahan itu mengecut dan mengubah bentuk telur. Perekat ini mudah dilihat membentuk bahan meniskus yang mengelilingi tapak setiap telur. Perekat ini jugalah yang dihasilkan oleh pupa untuk mengikat seta-seta kremaster. Perekat ini bersifat keras sehingga lapik sutera yang melekatkan seta-seta sukar dipisahkan.

Telur kupu-kupu sentiasa diletakkan di atas tumbuhan. Setiap spesies kupu-kupu mempunyai julat tumbuhan perumah yang sendiri, baik yang hanya satu spesis mahupun pelbagai spesis.

Kebanyakkan kupu-kupu melalui peringkat telur selama beberapa minggu, tetapi telur yang keluar tidak mengambil masa yang lama sebelum musim sejuk. Terutamanya di kawasan beriklim sederhana, perlu melalui peringkat diapaus (rehat) dan hanya menetas pada musim bunga. Di samping itu, terdapat juga spesis kupu-kupu berlainan yang boleh bertelur pada musim bunga supaya telur boleh menetas pada musim panas.

Peringkat 2: Beluncas (Larva)

Larva kupu-kupu, iaitu beluncas, memakan daun tumbuhan dan menghabiskan seluruh masanya sebagai beluncas untuk mencari makanan. Kebanyakan beluncas adalah maun, tetapi ada beberapa spesis seperti Spalgis epius dan Liphyra brassolis yang memakan serangga.

Sesetengah larva, terutamanya yang tergolong dalam Lycaenidae, menjalin perhubungan kesalingan dengan semut. Beluncas berhubung dengan semut dengan menggunakan getaran yang dipancarkan melalui substrat di samping merembeskan isyarat kimia. Semut sedikit sebanyak melindungi larva ini; maka, larva menolong semut mengumpulkan rembesan madu.

Beluncas membesar melalui serantaian peringkat yang dipanggil instar. Menjelang akhir setiap instar, larva menjalani proses yang dipanggil apolisis, yang mana kulit ari, iaitu lapisan luaran keras yang diperbuat daripada campuran kitin dan protein-protein khusus, dikeluarkan dari epidermis yang lembut di bawahnya, maka epidermis membentuk kulit ari yang baru di bawah. Di akhir setiap instar, larva itu bersalin kulit, maka kulit baru berkembang lalu mengeras dan menghasilkan pigmen dengan cepat. Proses menyalin kulit ini boleh mengambil masa berhari-hari. Corak kepak kupu-kupu mula berkembang pada tubuh beluncas menjelang instar yang terakhir.
Beluncas kupu-kupu mempunyai tiga pasang kaki kekal pada segmen toraks dan tidak lebih enam pasang prokaki yang tumbuh pada segmen abdomen. Pada prokaki ini ada gegelang cangkuk halus iaitu krusye yang membantu beluncas menggenggam substrat.

Sesetengah beluncas mampu mengembungkan sesebahagian kepalanya supaya mirip ular sebagai langkah pertahanan. Ada juga yang dilengkapi dengan mata palsu supaya lebih berkesan. Tumbuhan perumah selalunya mengandungi bahan toksik di dalamnya yang dapat diasingkan oleh beluncas untuk disimpan sampai peringkat dewasa supaya tidak dimakan oleh burung dan pemangsa-pemangsa yang lain.    Bahan-bahan toksik dalam tumbuhan sering dikembangkan khusus untuk melindungi tumbuhan daripada dimakan oleh serangga. Bagaimanapun, serangga berjaya mengembangkan langkah balas atau memanfaatkan toksin-toksin ini untuk kemandirian dirinya. "Perlumbaan senjata" ini telah mencetuskan evolusi bersama sesama serangga dan tumbuhan perumahnya.

Peringkat 3: Pupa

Apabila beluncas membesar, hormon-hormon seperti hormon ptotorasikotropik (PTTH) akan terhasil dan keluar dari otak untuk memulakan proses pempupaan. Ketika ini, larva akan berhenti makan dan mula mencari tempat yang sesuai untuk bertukar menjadi pupa, lazimnya di bawah daun.

Larva itu bertukar menjadi pupa atau kepompong dengan bergantung pada substrat dan bersalin kulit buat kali terakhir. Dalam kepompong, beluncas merembeskan enzim-enzim yang "mencernakan" hampir seluruh tubuhnya menjadi benda lekit kecuali sel-sel yang penting untuk membentuk tubuh kupu-kupu serta neuron-neuron yang menyimpan kenangannya sebagai beluncas. Kepompong ini lazimnya tidak mampu bergerak, namun sesetengah spesies boleh menggoncangkan segmen-segmen abdomennya atau membuat bunyi untuk menakutkan pemangsa.

Transformasi pupa menjadi kupu-kupu secara metamorfosis amat mengagumkan manusia. Untuk menukar bentuk kepak kecil yang kelihatan di luar pupa kepada kepak besar yang sesuai untuk penerbangan, kepak pupa menjalani mitosis yang pantas sambil menyerap nutrien yang amat banyak. Jika satu kepak dicabut dari awal lagi, tiga kepak yang tinggal akan tumbuh dengan lebih besar. Dalam pupa, kepak membentuk struktur yang menjadi mampat dari hujung hingga pangkal, dan dilipat dari hujung proksimal hingga distal apabila tumbuh. Ini bertujuan supaya ia boleh dibuka dengan cepat hingga mencapai saiz dewasa sepenuhnya. Sempadan-sempadan yang kelihatan pada corak warna dewasa adalah disebabkan oleh perubahan dalam ekspresi faktor-faktor transkripsi yang tertentu pada awal peringkat pupa.

Peringkat 4: Dewasa ( imago )

Ia adalah spesis kupu-kupu peringkat dewasa yang cukup matang, reproduktif dan boleh bergerak dipanggil imago. Kupu-kupu dewasa mempunyai empat helai kepak yang disaluti dengan sisik-sisik yang halus. Kepak depan dan kepak belakang tidak bercantum agar kupu-kupu boleh terbang dengan cantik. Kupu-kupu dewasa mempunyai enam batang kaki, tetapi bagi spesies-spesies Nymphalidae, kaki depannya amat kecil. Setelah keluar dari kepompong, kupu-kupu tidak boleh terbang sehingga kepaknya dibuka. Kupu-kupu yang baru keluar perlu mengambil masa untuk mengembangkan kepaknya sambil menjemurkan kepaknya. Jangka masa yang di ambil untuk tujuan ini adalah mengikut keadaan kupu-kupu tersebut. Pada ketika inilah ia amat terdedah kepada pemangsa.

Kebanyakan kupu-kupu mengumuhkan bendalir pewarna lebihan selepas keluar dari kepompong, sama ada yang putih, merah mahupun jingga. Peringkat kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.


RUJUKAN

Buku
Maryati, M. Nordin, W. (1999). Kupu-kupu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman Web

Jurnal Online
India, a Lifescape: Butterflies of Peninsular India, 26-27, Hyderabad, India: Universities Press. ISBN 9788173713545. URL dicapai pada 2012-05-24

AFF SUZUKI CUP 2012: Thailand will be a true test

HARD WORK: Getting to the semi-finals is just half the journey for Rajagobal's men


By AJITPAL SINGH & DEVINDER SINGH | nstsport@nst.com.my 

Mohd Shakir Shaari fights for the ball against Indonesia's Andik Vermansah in their AFF Suzuki Cup match on Saturday.
GETTING past the group stage of the AFF Suzuki Cup is no cause for celebration as that was the bare minimum for K. Rajagobal's defending champions, who can now look ahead to a mouth-watering semi-final duel with Thailand.
Malaysia made hard work of getting through from Group B, settling for the runners-up spot after a humbling 3-0 defeat in the opening match to group winners Singapore.
Rajagobal and his men copped a lot of flak for that embarrassing showing before recovering to put Laos (4-1) and Indonesia (2-0) to the sword.
But the two wins must be put in perspective -- Laos are the lowest ranked team in the tournament while Indonesia were a significantly weakened side from 2010 after fielding players almost exclusively from the weaker Indonesian Premier League and ignoring rebel Indonesian Super League players with the exception of Bambang Pamungkas.
Bambang did not even get off the bench on Saturday at the National Stadium as Malaysia got the win they needed to keep their title hopes alive.
Thailand, who arrive in Kuala Lumpur for Sunday's first leg, will be the true measure of Malaysia's strength and act as a barometer to gauge Rajagobal's oft-stated aim of qualifying for the 2015 Asian Cup.
Rajagobal probably felt relief rather than satisfaction with reaching the semi-finals when he told a news conference after Saturday's win: "Looking at Thailand, they are a very strong team.
"We are in the semis and we have nothing to lose. We will prepare and play the match rather than thinking too much about it."
Perhaps, Rajagobal realises his team are not quite the finished article he hoped they would be.
While there were several positives to take out of the win over Indonesia -- not least the performances of wingers Azamuddin Akil and Wan Zak Haikal Wan Nor, the barnstorming display of fullback Mahalli Jasuli and the alertness of goalkeeper Farizal Marlias -- Rajagobal must be concerned over strikers Safee Sali and Norshahrul Idlan Talaha.
The pair have started all three matches together but only managed one goal between them -- Safee's crucial strike against Laos which broke a 1-1 tie with 23 minutes remaining.
"The confidence came from the Laos game and we needed to win or we would not have a chance," said Rajagobal in explaining the urgency the team showed against Indonesia.
"But to get the game going, the two goals were really important. But we can see that some of the players are tired like Safee, Norshahrul and Safiq (Rahim) and were not in the normal flow of the game.
"I was concerned the game was becoming too open and so I brought in Gary (Steven Robbat) and Amar (Rohidan) to stabilise the midfield because Indonesia were sending high balls to pressure the defence," said Rajagobal.
Rajagobal reserved praise for Wan Zack and Mahalli, who created the opener for Azamuddin and scored himself from an exquisite pass off Wan Zack for his first goal for Malaysia.
Nor can the similarities with 2010, when Malaysia bounced back from an opening 5-1 defeat to Indonesia before knocking out strong favourites Vietnam in the semi-finals, be ignored.
"It looks like it's happening like that, the same scenario. Vietnam were then the defending champions and now we have Thailand. We don't have to be afraid even though Thailand have got a strong team.
"They are fast, technically sound, work as a unit and the mobility is there. Anything can happen and no one is favourite," added Rajagobal, who will be mindful that the Thais won all three of their Group A games and racked up nine goals.


Read more: AFF SUZUKI CUP: Thailand will be a true test - Soccer - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/soccer/aff-suzuki-cup-thailand-will-be-a-true-test-1.180371#ixzz2Dz3zAbBS