Biji Barli |
Sejumlah
kajian ilmiah membuktikan khasiat luar biasa biji – biji gandum barli (sebagai
bahan utama bubur talbinah) dalam menurunkan kadar kolestrol dalam darah,
melalui beberapa proses biologi seperti berikut:
- Serat – serat lemah yang ada didalam gandum barli bersatu dengan kolestrol belebihan di dalam makanan sehingga membantu menurunkan kadarnya dalam darah
- Penapaian serat – serat ini didalam usus besar (colon) menghasilkan asid – asid lemak yang terserap dari usus besar dan berhubung dengan metabolism kolestrol, sehingga menghalangi peningkatan kadarnya di dalam darah.
- Biji – biji gandum bali mengandungi sebatian – sebatian kimia yang berfungsi menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan menaikkan daya imuniti tubuh, seperti (beta glucan)
- Biji – biji gandum barli mengandungi sebatian – sebatian vitamin seperti H-Tocotrienol yang memiliki kemampuan melambatkan enzim pembuat kolestrol. Kajian ilmiah menekankan kepentingan vitamin H untuk kesihatan jantung jika diambil dengan kadar yang cukup.
Ternyata, terapi dengan bubur gandum barli dapat mencegah
bebagai penyakit jantung dan peredaran darah. Ia melindungi pembuluh darah dari
pengerasan dan penyempitan (sklerosa), terutama pembuluh jantung coroner,
sehingga melinungi dari risiko terkena sakit angina pectoris dan gejala –
gejala schemia, dan pelanggaran otot jantung.
Bagi orang yang sudah benar – benar menderita penyakit
pembuluh darah dan jantung, talbinah membawa alternatif kesihatan yang luar
biasa dalam mengurangi parahnya keadaan kesihatan mereka. Ini menunjukkan
mukjizat ilmiah tersendiri dalam sabda Nabi s.a.w : “Talbinah boleh melegakan
hati orang sakit."(Riwayat Bukhari Dan Muslim). Atau dengan kata lain, boleh mengamankan jantung orang sakit.
RESEPI BUBUR TALBINA:
CARA-CARA:
- Ambil 2 sudu besar tepung Barli dan masukan kedalam bekas 1 1/2 cawan air atau susu dan masak 10-15 minit.
- Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu.
- Boleh juga dibuat sup dengan air diganti dengan air stok ayam atau daging dengan sayur-sayuran.
TIP-TIP UNTUK MASAK SUP BARLI:
- Biji barli perlu dibasuh dulu seperti cara basuh beras.
- Perlu dibahagian 3 bahagian. Satu bahagian barli, satu bahagian lagi air dan satu bahagian lagi stok (air daging yg telah reneh) daging atau ayam.
- Mendidihkan dengan api yang kuat
- Apabila telah mendidih perlahankan api dan ‘reneh’ (simmering) selama 90 minit.
- Selepas itu bolehlah ditambah rasa atau bahan-bahan makanan lain bersama sup anda. Seperti daging, celery, karot atau lain-lain sayuran yang anda suka.
Sumber : Ensiklopedia Pengubatan Herba, Trapi Alternatif Kedoktoran Islam, Dr. Khalid Gad
(Dialih bahasa dan disemak oleh : Fadzilah binti Mohd Ariff, Ketua Jabatan Kimia Pusat Asasi UIAM)
No comments:
Post a Comment