1. Pengenalan
Perayaan yang
dipilih adalah perayaan Deepavali. Perkataan Deepavali merupakan gabungan
perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali"
yang bererti barisan. Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan
pada bulan gelap bernama ‘Aippasi’ pada bulan Oktober dan November dan juga
dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan
memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan
mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan.
Sambutan
Perayaan di Malaysia
Hari Deepavali
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di
seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih
dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama
Hindu dan Sikh di negara kita.
Mitos Hari Deepavali
Mitos yang paling
terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali
adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura.Seterusnya penduduk
kampung telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan
menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua
Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh
Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita
pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para
penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya
hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan
turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa
yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan
adalah menjadi pegangan utama mereka .
Sambutan
Deepavali Masyarakat Sikh
Masyarakat Sikh
menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di
atas sebab yang berbeza.Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh
pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu
memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu, barulah Guru
Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang
lampu sebagai tanda protes untuk membebaskannya.
Akhirnya, Raja itu
sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan
Guru Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.
2. Objektif
Kajian
Objektif
kajian ini adalah untuk:
- Melihat sejauh mana kefahaman masyarakat india terhadap perayaan Deepavali
- Menilai penglibatan masyarakat lain dalam perayaan Deepavali
- Menerima dan menghormati perayaan kaum lain seperti perayaan Deepavali
- Menerapkan nilai patriotisme dalam kehidupan seharian.
- Melahirkan rasa bangga terhadap Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai.
- Mengetahui tentang latar belakang, adat, pantang larang dan lain-lain tentang perayaan yang dipilih iaitu Deepavali.
3. Sejarah dan Latar Belakang
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu
memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja
Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu
sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan
syaitan, peringatan kepada mereka
yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah
penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang
dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Tersebut kisah seorang pemusnah yang bernama Ahsuran
yang tidur selama tiga hingga enam bulan. Dia suka makan semua benda termasuk
manusia. Apabila dia masuk ke dalam kampung, semua orang akan memadamkan lampu.
Hal ini kerana dia tidak suka lampu dan cahaya. Dia hanya suka tidur. Dia juga
akan membunuh sesiapa sahaja yang mengganggunya tidur. Satu hari, seorang Dewa
yang bernama Krishnan muncul dan melawan pemusnah tadi. Mereka berlawan
sehingga pemusnah dikalahkan oleh Dewa yang suci. Maka semua penduduk kampung
mula memasang lampu. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Deepavali disambut
berdasarkan cerita ini.
Cerita berkaitan
Deepavali
Orang Hindu memperingati beberapa
peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:
- Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
- Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari
sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan
durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian
Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai
satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut
menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
- Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan
bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali
ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima
Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya
mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan
selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
- Krishna menewaskan Indra: Govardhan
Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna
menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau
persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan
menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para
penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah
golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu
perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna
terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma'
diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena
alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan
puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung.
Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai
perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra
akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat
Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan
asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
- Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.
4.
Persediaan Sambutan Perayaan
Sebelum Perayaan
Sehari Sebelum Deepavali
Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang
yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk
yang telah 'pergi' buat selama-lamanya.
Makanan kegemaran yang telah meninggal
dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan
dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh
anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.
Malam Sebelum
Perayaan Deepavali
Pada malam itu juga
diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga.
Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun
beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan
pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan
dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
Memasang
Vilakku
Pada malam perayaan
Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli
keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita
tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan
bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya
akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat
rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk
menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
Kolam atau
Rangoli
Rangoli
lambang penyembahan Dewa Lakshmini
Penganut Hindu akan
menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang
diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya
“kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat
supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Kemahiran membuat
“kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah,
tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang
kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat
bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi
juga makhluk lain di dunia
Hiasan
"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai
hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Semasa Perayaan
Persiapan Di Pagi Perayaan Deepavali
Pada pagi perayaan
pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu
sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri
sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang
lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi
sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak
bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek.
Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci
bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas
mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali
bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri
seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas
bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan
mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai
sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau
dikuil-kuil.
Upacara Sembahyang
Penganut Hindu
akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara
penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan
bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli
keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan
dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke
rumah.
Selepas
bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah
akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila
berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu
lukisan yang dibuat tepung beras
berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
5.
Pakaian Tradisional Deepavali
Mengenai
pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah
“Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.
a.
Sari
Gambar : Sari |
Sari merupakan pakaian
untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan Deepavali. Sari terdiri
daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum memakai sari,
si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di dalamnya. Kemudian
kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan
pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan
lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan
warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita
rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada
juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai Nampak
lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai pelbagai
jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan kecantikan si
pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan dipadankan dengan
corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya.
b. Dhoti
Dhoti merupakan pakaian
untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang
berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut
dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga dhoti
yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.
|
6.
Kuih muih dan
Juadah utama/khas
Manisan dan
Juadah Deepavali
Manisan merupakan
identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India
tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam
masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan
sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah
juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan
dialu-alukan.
Mereka akan
dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa
dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada
pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis
bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak
ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan
payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih
tradisional orang India.
7. Hiasan
Kebanyakan periuk tanah liat disapukan
dengan warna-warna terang untuk menonjolkan keindahannya. Ada periuk tanah liat
yang dicat dengan warna merah, hijau, kuning dan merah jambu.Bahkan, ada juga
yang diselang-seli campuran warna untuk menambahkan lagi tarikannya. Mengikut
kepercayaan masyarakat India periuk dan pelita tanah liat adalah sebagai
menghargai elemen alam iaitu tanah itu sendiri.Menjadi tradisi bagi mereka
untuk menggunakan periuk tanah liat dalam rutin memasak setiap hari, manakala
pelita tanah liat bagi tujuan penyembahan. Bukan itu sahaja, pelita tersebut
memberi makna simbolik cahaya kemenangan daripada kejahatan iaitu kemenangan
Dewa Rama menentang Dewa Ravana.Periuk berwarna pula digunakan sebagai dekorasi
menjelang Deepavali dengan kelapa dan daun mangga diletakkan di atas periuk
sebagai tanda menarik aura positif. Ia akan diletakkan di depan pintu atau
kolam (hiasan menggunakan beras berwarna) untuk mengalu-alukan kedatangan
tetamu.
Gambar : Periuk Tanah |
8.
Amalan-amalan
Perayaan Deepavali
Di Malaysia, hari
Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum
persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas
upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan
bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada
bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan
lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk
rumah mereka.
Kolam
Kolam atau juga
dikenali sebagai Rangoli adalah satu seni hiasan pintu masuk kediaman semasa
Deepavali.Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan, berwarna-warni dan tanpa ada
had dari segi saiz. Bahkan berdasarkan catatan, kolam terbesar di dunia yang
pernah dihasilkan ialah pada 22 Mei tahun lalu bersaiz 4,900 meter persegi dan
dihasilkan oleh Nilesh Rajaram Naik di Dataran Murda, Tiswadi, Goa, India. Lazimnya
saiz kolam di rumah agak kecil namun kolum memberi kuasa besar dalam menyambut
Deepavali.Kolam umpama 'tiang seri' yang bertindak memeriahkan lagi perayaan
cahaya itu. Dengan menyediakan kolam, ia memberi penyatuan serta kemeriahan
kepada keluarga tersebut.Ia juga sebagai simbol penyatuan keluarga kerana
proses menyiapkan kolam biasanya dibuat beramai-ramai bersama ahli keluarga,
9.
Pantang Larang
Pantang Larang Semasa Deepavali
Pada
petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam
bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu
malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita
yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.
Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan
dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang
mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini,
misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada
pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit
untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang
akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan
diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala
kejahatan dan sifat dengki.
Selepas
mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan
oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih
yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang
dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
10.
Kesan Perayaan
Kesan perayaan
kepada masyarakat.
Perayaan Deepavali
menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersatu
dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut perayaan ini,
kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran berdekatan,
teman-teman keluarga, dan sahabat keluarga kami.Dengan berkongsi juadah dan
sambutan perayaan ini, kami juga dapat merealisasikan Motto negara yang
dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu
Malaysia.Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.
Kesan
Perayaan kepada Negara.
Berdasarkan kajian
terhadap kedatangan perlancong ke Malaysia, menunjukkan antara faktor
kedatangan pelancong luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah,
faktor keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidupo berkongsi perayaan mereka.
Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana
setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk
memenuhi kehendak dan sambutan kepada perayaan mereka. Contohnya dalam
menyambut perayaan ini Deepavali masyarakat lainnya akan turut berbelanja
kerana potongan harga murah yang ditawarkan daripada pusat membeli
belah.Perayaan ini juga memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat
yang berbilang kaum dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli masyarakat.
Pengekalan tradisi
Dengan menyambut
perayaan-perayaan tradisi, ini dapat mengekalkan tradisi keluarga yang diwarisi
sejak turun-temurun dari keluarga. Selain itu, masyarakat \india juga menghormati moyang mereka yang sudah
meninggal dunia dengan mengekalkan tradisi yang diwarisi oleh mereka.