Pages

Nuffnang Ads

Sunday, 6 January 2013

Beli Lampu Dan Kipas Murah

Hari ni Uncle Az nak share dengan korang kat mana nak beli lampu & kipas dengan banyak and murah. Mesti korang teruja kan, lebih - lebih lagi bagi mereka yang nak masuk rumah baru.. Almaklumlah bila kita nak masuk rumah baru semua barang kita nak yang baru - baru belaka.Tapi awas spouse baru tak boleh tau..hahaha..

Kedai ni wife Uncle Az yang survey kat blog & tanya - tanya org. Uncle Az just follow je dia masa tu. Tapi before we all pergi ke sana adalah juga kami survey beberapa tempat kat Kota Damansara, Meru, Setia Alam & Klang. So memang tak boleh beat lah harga yang kedai ni offer kat client dia org.


Kedai yang dimaksudkan ini adalah House Lighting terletak kat Puchong, Selangor. Ini addressnya:

Houses Lightings Enterprise, No. 33-35, Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama, Puchong, 47100, Puchong, Selangor, 47100, Malaysia (Monday Off)







So korang semua boleh lah pergi kesana untuk shopping.
Sebelum tu, Uncle Az nak bagi tips sikit kalau nak beli kat sini... Ini berdasarkan pengalaman Uncle Az. Ianya may be berlainan dengan orang lain.

  1. Memandangkan pilihannya terlalu banyak so shortlisted kan terlebih dahulu pilihan kita.Pastikan you all dah ada concept untuk rumah you all. Bukan apa nanti you all semua blur nak buat pilihan. Mcm kes Uncle Az, wife Uncle Az dah tetapkan conceptnya... Walaupun begitu Uncle Az still interrupt jugak choice dia hihihi.
  2. Jika pergi membawa bayi kecil, agak sukar untuk kita bawa stroller ke dalam kedai ini kerana orang ramai dan pergerakkan stroller kita terbatas. *anak2 pun bole hilang kawalan mood sebab confirm kite akan duk lama tgk2 lampu kat situ..hihihi..
  3. Bancuh susu secukupnya untuk baby kita sebelum masuk kedalam kedai dan sediakan snek/makanan untuk diorg.
  4. Exercise tengkok anda yerk sebelum keluar kereta. Kalau dah keluar kereta baru nak exercise nanti orang tengok pelik pulak..hahahah
  5. Masuk kat dalam kedai tu baca Bismillahirahmanirahim dulu tau... baru berkat & korang tak membazir beli lampu yang merapu.hihihi
  6. Mulakan pencarian lampu chandelier dulu sebelum kelampu yang lain sebabnya nak pilih lampu yang lain tu dah kira senang dah. Setakat downlight, lampu dinding & kipas pilihan nya tak memeningkan sangat.
  7. Kereta yang korang bawa pastikan tiada barang lain didalamnya sebabnya jika kita dah shopping sakan alamatnya kereta dah tak muat. (Uncle Az kena buat 2 trips kesana sbb tak cukup space kereta dah).
  8. Bila dah shortlisted & finalize pilihan korang baru korang panggil salesman/salesgirl yang ada. Pastu baru korang try minta diskaun kalo ada.
  9. Semua barang sebelum kita bayar akan ada sesi check & inspection. So kalau korang beli lampu yang berdiamond berbiji - biji pastikan diamond nya cukup sifat & cukup kuantiti. Tak puas hati terus tukar & jangan pendam! Kalau boleh tengok lampu yang di display tu betul - betul and puas hati. (Jangan jadi mcm Uncle Az, beli lampu chandelier kristal 2 unit, malangnya bilangan kristal tak cukup 11... aduiii.... dah kena pergi balik kedai tu)
  10. Pastikan bawa duit sebanyak & secukupnya untuk menggelakkan korang tak pergi mengulang ke kedai tu.hahaha

Ini lampu chandelier yang Uncle Az beli tak cukup biji kristalnya


Banyak sungguh down-light untuk dipilih


Antara lampu chandelier yang ada. Nak tengok kena dongak & dongak sampai tengkuk lembik

Murah tak? Uncle Az tak minat yang ini

Antara lampu dinding yang menjadi pilihan ramai orang
Senarai Harga Kipas


Banyak sangat pilihan..korang pilih sendiri je lah..hihi

Ada yang bentuk macam ni jugak


12 comments:

  1. Oke..bagus tips no 6..kang kalo tak plan mau 2jam tgk downlight..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul... mmg itu yg terjadi pd kami mizzura...huhuhu

      Delete
  2. Salam, nak tanya sikit la. kat kedai nie ade jual stand lamp tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara,
      ada... semua jenis lampu ada..

      Delete
    2. Banyak pilihan x Cik untk stand lamp ?

      Delete
  3. Stand lamp die lebih murah dr ikea x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lover...
      harga nya murah jika dibandingkan dr Ikea...

      Delete
  4. Asalam..ada tak kipas jenama alpha yg 5 bilah kat kedai ni? jenis remote control. sbb nk tgh survey kipas ni,tq..blh emel ke azie_biz@yahoo.com.my .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam azie...
      brand alpha ada dijual disini....

      Delete
  5. Dia ada buat pemasangan skali tak?

    ReplyDelete
  6. hi Myra...
    permasangan oleh individu lain...

    ReplyDelete
  7. Kalau nk dekat area kuantan...ada 1 kdai lampu br bukak...bumiputera..kdai lampu an-nur kt malaytown kuantan....harga lbh kurg mcm kt puchong bg aku..malah ada lg murah...

    ReplyDelete