Pages

Nuffnang Ads

Tuesday 13 November 2012

Belajar Al-Quran dan Terjemahannya secara mudah, kreatif dan fleksibel secara PERCUMA



Pusat pembelajaran ini telah diilhamkan oleh seorang dermawan yang berhati mulia. 
Semoga Allah memberkati usaha beliau.
Diharapkan perkongsian infomasi ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Jazakallah.


Al-Quran ASSharif ditubuhkan pada 1hb Jun 2012 dengan matlamat:
  1. Untuk mengajar Al-Quran kepada orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas yang tidak dapat membacanya dengan lancar dan baik, mengikut tajwid yang betul.
  2. Untuk mendedahkan pengertian dan pemahaman teks Al-Quran, supaya mereka yang belajar faham akan maksud terjemahan dan maknanya. Lantas dari itu, mereka boleh mengamalkannya.
Semua pembelajaran diberikan secara percuma, oleh sekumpulan Ustaz dan Ustazah yang terlatih, mengikut masa dan kesesuaian mereka yang belajar.
Pengurusan Al-Quran ASSharif percaya, dengan konsep pembelajaran yang mudah, kreatif, flexible dan menarik, pelajar akan dapat menguasai pembacaan Al-Quran dengan cepat.
Di akhir pembelajaran nanti, sijil tamat pembelajaran akan dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya.


Alamat
:
No.8 dan 10, BIM Point,
Bandar Indera Mahkota,
25000, Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Telefon
:
09-573 2288
Fax
:
09-573 8833
Website
:
Email
:
belajar@alquranassharif.com
Lokasi
:
2 minit dari Stadium Hoki
5 minit dari Stesen Bas Baru Kuantan
Bersebelahan dengan Kolej Komuniti Kuantan








1 comment: