Pages

Nuffnang Ads

Wednesday 14 November 2012

"TAKE IT FOR HSE"®: Durian Belanda Boleh Merawat Pelbagai Penyakit

Durian Belanda (soursop)
Kali ini saya ingin berkongsi informasi berkenaan buah durian belanda. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk semua pembaca. Jazakallah...

Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Dagingnya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.

RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu  merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.

Biji durian belanda
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit didalam tubuh manusia seperti cacing.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya   untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya   untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh  cacing diperut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh  cacing diperut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk disamping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut. 

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana  digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa,  reticuline dan tannin
.

Jus durian belanda

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa,  reticuline dan tannin.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya, dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau  buahnya  yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Durian Belanda Boleh Merawat Pelbagai Penyakit
Artikel durian belanda

IF YOU THINK IT THIS ARTICLE IS VALUABLE
PASS IT TO YOUR FRIENDS 

No comments:

Post a Comment