Pages

Nuffnang Ads

Monday 10 December 2012

BPL 2012 : United lebur rekod tanpa kalah City


Robin van Persie menjadi wira Manchester United setelah menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 3-2 ke atas Manchester City di Stadium Etihad.

sumber espn Malaysia


Wayne Rooney membuka tirai dengan jaringan pada minit ke 16 dan satu lagi tiga belas minit kemudian sebelum Manchester City menyamakan kedudukan melalui Yaya Toure pada minit ke 60 dan Zabaleta pada minit ke 86.
Robin van Persie kemudian menjaringkan gol kemenangan dengan tendangan percuma dalam masa kecederaan dan memastikan kelebihan enam mata di atas Manchester City.Pasukan tuan rumah bermula baik dengan beberapa serangan di awal perlawanan.
Namun Manchester United berjaya mendahului perlawanan apabila hantaran oleh Ashley Young dimanfaatkan oleh Wayne Rooney.
Selepas itu United lebih menguasai perlawanan dan Rooney sekali lagi menyumbat gol untuk pasukannya hasil gandingan Antonio Valencia dan Rafael.
Rooney mencatatkan rekod peribadi jaringan ke-150 dalam Liga Perdana Inggeris selepas menjaringkan gol kedua itu dan juga pemain termuda yang memegang rekod itu.
Pada separuh masa kedia, pengurus Manchester City, Roberto Mancini telah menggantikan Mario Balotelli dengan Carlos Tevez dan City kembali bangkit.
United mempunyai peluang yang hebat pada minit ke-59 namun rembatan Van Persie terkena tiang yang kemudiannya ditendang oleh Ashley Young ke gawang gol tetapi telah dikatakan ofsaid oleh pengadil.
Tidak lama kemudian, City berjaya mendapatkan jaringan selepas Carlos Tevez membuat hantaran kepada Yaya Toure yang menyumbat masuk gol melepasi De Gea pada minit ke-60.
Pablo Zabaleta menyamakan kedudukan 2-2 selepas rembatannya dari tengah berjaya melepasi pertahanan United yang ternyata tidak nampak kelibatnya.
Sir Alex Ferguson kemudian memasukkan Danny Welbeck menggantikan Tom Cleverley.
Pada masa kecederaan, Rafael dijatuhkan oleh Tevez dan sepakan pecuma diberikan kepada United.
Robin Van Persie dari kanan menyumbat masuk sepakan percumanya yang juga merupakan gol kemenangan United dalam Manchester Derby yang sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah City dalam liga musim ini.

No comments:

Post a Comment